Friday, 28 November 2014

Bale memberi amaran agar tidak memandang remeh selepas kemenangan ke-15 berturut-turut Real

Madrid : Gareth Bale takut pasukan menjadi leka selepas kemenangan ke-15 berturut-turut Real minggu ini.
Real Madrid's Gareth Bale fears team may get complacent after scoring a 15th straight win this week. – Reuters pic, November 28, 2014.

Cristiano Ronaldo yang menjaringkan gol tunggal untuk Pasukan Los Blancos di Switzerland, menyimpan rekod Eropah sempurna Real Madrid pada musim ini.

Walau bagaimanapun, Bale berkata bahawa perjalanan masih panjang dan setiap pemain kelab perlu terus fokus jika hendak layak dan seterusnya menjuarai Liga juara-juara Eropah.

Beliau menegaskan lagi. "Ia satu rekod terbaik pasukan dan kami semua bergembira tetapi perkara yang paling penting sekarang adalah untuk tidak leka , memandang serius setiap perlawanan yang akan tiba dan cuba melakukan yang terbaik."

"Perkara yang paling penting ialah tiga mata. Kami tahu ia adalah satu tempat yang sukar untuk datang dan menang. Tetapi kami profesional mengenainya.

"Kami turun dalam perlawanan  dengan mentaliti biasa kami. Dan kami berjaya. Basel masih berjuang untuk layak ke perlawan seterusnya. Anda telah melihat setiap pasukan yang datang bukan pasukan yang boleh di pandang remeh.

Real Madrid akan mencari untuk menjadikannya 16 berturut-turut pada hari Sabtu, kerana mereka menghadapi perjalanan ke Malaga.

0 comments:

Post a Comment