China : Pelanggan mengamuk dengan menikam sembilan orang menggunakan pisau selepas bertengkar dengan pekerja sebuah pasaraya Cina.
Amukan berdarah di sebuah pasar raya Cina selepas seorang pelanggan lelaki bertengkar dengan pekerja akibat terlupa untuk membungkus mi segera yang telah di bayar beliau.
Sembilan orang cedera selepas lelaki itu secara rawak menikam orang termasuk pekerja yang bertengkar dengan lelaki tersebut.
Saksi-saksi berkata beliau menuduh pekerja kedai tersebut lupa untuk memberinya beberapa mi yang telah dibelinya sebelum itu di pasar raya di bandar Nanning.

Menurut polis, kebanyakan mangsa cedera di bahagian belakang, pinggang atau perut. Sebahagian daripada mereka terpaksa dimasukkan ke hospital.
Enam pekerja pasar raya adalah antara yang cedera, bersama-sama dengan dua pelanggan dan jurujual sebelum lelaki yang bersenjatakan pisau itu diberkas di tempat kejadian.
0 comments:
Post a Comment