Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, 29 November 2014

Rodgers mengakui dia pengurus pilihan yang bakal dipecat

Liverpool manager Brendan Rodgers has admitted that he aware of his status as favourite to be the next Premier League manager sacked. – Reuters pic, November 29, 2014. 





















Pengurus Liverpool Brendan Rodgers mengakui dia sedar statusnya sebagai Pengurus Pilihan untuk menjadi pengurus Liga Perdana seterusnya yang akan dipecat, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan ia menjadi kenyataan.

Bercakap sebelum perlawanan hujung minggu pasukannya menentang Stoke, beliau berkata: "Mereka (bookmakers) jelas mengharapkan saya untuk kehilangan pekerjaan saya.

"Ia adalah bola sepak. Beberapa bulan yang lalu, saya di nobatkan gelaran Pengurus Terbaik Tahunan dan kini saya di harapkan untuk diberhentikan. Dalam bola sepak ia adalah pemikiran pendek dan cetek tetapi semua yang anda boleh lakukan ialah memberi tumpuan kepada kerja  dan memberi tumpuan kepada apa yang anda boleh kawal.

"Saya hanya mahu mereka untuk menumpukan perhatian kepada tahap bola sepak dan prestasi. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menerima kritikan (tekanan) dari pemain. "


Beliau juga mengambil masa untuk mempertahankan penjaga gol Simon Mignolet, yang telah di kritik hebat oleh bekas pemain Reds Bruce Grobbelaar baru-baru ini.

"Dia menyelamatkan kita dalam beberapa permainan.  Kita semua perlu bermain lebih baik. Simon sangat bagus, Ia tidak mudah untuk menerima kritikan, sama ada ia wajar atau tidak. Tetapi, ia adalah sebahagian daripada sukan," kata beliau.

Friday, 28 November 2014

Bale memberi amaran agar tidak memandang remeh selepas kemenangan ke-15 berturut-turut Real

Madrid : Gareth Bale takut pasukan menjadi leka selepas kemenangan ke-15 berturut-turut Real minggu ini.
Real Madrid's Gareth Bale fears team may get complacent after scoring a 15th straight win this week. – Reuters pic, November 28, 2014.

Cristiano Ronaldo yang menjaringkan gol tunggal untuk Pasukan Los Blancos di Switzerland, menyimpan rekod Eropah sempurna Real Madrid pada musim ini.

Walau bagaimanapun, Bale berkata bahawa perjalanan masih panjang dan setiap pemain kelab perlu terus fokus jika hendak layak dan seterusnya menjuarai Liga juara-juara Eropah.

Beliau menegaskan lagi. "Ia satu rekod terbaik pasukan dan kami semua bergembira tetapi perkara yang paling penting sekarang adalah untuk tidak leka , memandang serius setiap perlawanan yang akan tiba dan cuba melakukan yang terbaik."

"Perkara yang paling penting ialah tiga mata. Kami tahu ia adalah satu tempat yang sukar untuk datang dan menang. Tetapi kami profesional mengenainya.

"Kami turun dalam perlawanan  dengan mentaliti biasa kami. Dan kami berjaya. Basel masih berjuang untuk layak ke perlawan seterusnya. Anda telah melihat setiap pasukan yang datang bukan pasukan yang boleh di pandang remeh.

Real Madrid akan mencari untuk menjadikannya 16 berturut-turut pada hari Sabtu, kerana mereka menghadapi perjalanan ke Malaga.

Thursday, 13 November 2014

Tiada Kesilapan Dari Messi

Argentina 2-1 Croatia : Messi Menjaringkan 1 Gol Penalti yang berharga
Lionel Messi puts Argentina ahead from the penalty spot after his side had gone 1-0 down 
Jaringan separuh masa yang kedua dari penalti yang di selesaikan oleh Lionel Messi memberikan finalis Piala Dunia Argentina kemenangan ke atas Crotia di Uptton Park West semalam .

Crotia mendahului melalui rembatan kencang dari Anas Sharbini menewaskan penjaga gol Sergio Romero untuk gol antarabangsanya yang pertama.

Argentina yang menurunkan lima pemain liga perdana dalam kesebelasan mereka menyamakan kedudukan melalui sepakan dari pemain pertahan Argentina Cristian Ansaldi.

Manakala gol kedua di perolehi apabila penjaga gol Crotia Lovre Kalinic mengasari Sergio Aguero dalam kotak penalti dan Messi tidak mensia-siakan peluang tersebut .

Argentina full back Cristian Ansaldi scores the equaliser early in the second half

Argentina yang di tewaskan Jerman pada perlawanan akhir Piala Dunia aka bertenu Portugal dalam perlawanan persahabatan di Manchester United, Old Trafford hari selasa depan.

Monday, 10 November 2014

Chong Wei kembali pegang raket berlatih semula

 
KUALA LUMPUR: Terapi terbaik buat Datuk Lee Chong Wei - ketika berdepan saat-saat debaran - adalah kembali semula ke gelanggang badminton, angkat raket dan memukul bulu tangkis.

Ikon sukan negara itu yang sudah lama tak beraksi itu juga menyuarakan penghargaan kepada peminat dan media serta pihak lain yang membantunya serta memberi sokongan moral.

"Saya sudah kembali ke gelanggang dan berlatih untuk memantapkan aspek fizikal kerana kehidupan harus diteruskan sementara menunggu keputusan BWF (Persekutuan Badminton Dunia," kata Chong Wei.

Dia menyuarakan isu hati itu kepada blogger sukan tanah air, Satwant Singh Dhaliwal dalam ssdhaliwal.blogspot.com, hari ini.

"Sudah lebih sebulan sejak episod ini bermula dan saya membuat keputusan untuk menumpukan kepada latihan dan mengekalkan tahap kecergasan saya.

"Saya terharu dan menghargai mesej diterima daripada semua pihak yang menyokong saya. Juga terima kasih kepada media yang menghormati permintaan saya untuk tidak diganggu ketika ini.

"Saya kini berlatih di gelanggang persendirian dan rakan-rakan saya turut berlatih bersama untuk menemani saya.

"Saya juga tidak berlatih bersama skuad kebangsaan ketika ini kerana dalam tempoh penggantungan."

Chong Wei turut mengulangi rasa yakin kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bersungguh-sungguh mahu membantunya mengatasi episod ini.
Jaguh negara itu turut berharap untuk menerima satu keputusan yang positif nanti kerana kepingin 'melihat semula langit cerah' mewarnai kehidupannya.
"Seperti yang saya kata sebelum ini saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan akan terus mempertahankan hakikat ini.

"Jadi cara terbaik adalah kembali ke gelanggang dan berlatih sambil mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku kepada diri saya nanti," katanya.



sumber