

Rasanya sudah lama tidak melihat kemunculan pelakon kacukan Juliana Evans ni. Pastinya ramai peminat Juliana Evans tidak sabar untuk menanti kepulangan artis kesayangan mereka ini.
Dikhabarkan Juliana Evans bakal pulang ke Malaysia, namun bukan untuk bercuti sekejap tetapi dikatakan Juliana Evans balik ni agak lama. Difahamkan juga, pihak pengurusan Juliana Evans sudah membuat beberapa persiapan bagi menyambut kepulangan pelakon berkenaan termasuk sesi fotografi bersama-sama beberapa media terkenal tanah air.
Juliana Evans akan kembali sibuk dengan beberapa acara seni termasuk menghadiri majlis-majlis hebat serta memenuhi beberapa tawaran bagi memenuhi kepulangannya ke tanah air.
Ada ura-ura mengatakan terdapat banyak perubahan yang wujud pada Juliana Evans termasuk bentuk tubuhnya yang sedikit berisi berbanding sebelumnya.Cara Juliana Evans bercakap juga sudah berubah. Maklum sajalah kerana terlalu lama berada di negara yang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, maka gaya berbicara juga turut memberi kesan.
Tak sabar nak menanti kemunculan Juliana Evans ni. Harap khabar angin yang disebarkan itu benar berlaku.






0 comments:
Post a Comment