Saturday, 29 November 2014

Rodgers mengakui dia pengurus pilihan yang bakal dipecat

Liverpool manager Brendan Rodgers has admitted that he aware of his status as favourite to be the next Premier League manager sacked. – Reuters pic, November 29, 2014. 





















Pengurus Liverpool Brendan Rodgers mengakui dia sedar statusnya sebagai Pengurus Pilihan untuk menjadi pengurus Liga Perdana seterusnya yang akan dipecat, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan ia menjadi kenyataan.

Bercakap sebelum perlawanan hujung minggu pasukannya menentang Stoke, beliau berkata: "Mereka (bookmakers) jelas mengharapkan saya untuk kehilangan pekerjaan saya.

"Ia adalah bola sepak. Beberapa bulan yang lalu, saya di nobatkan gelaran Pengurus Terbaik Tahunan dan kini saya di harapkan untuk diberhentikan. Dalam bola sepak ia adalah pemikiran pendek dan cetek tetapi semua yang anda boleh lakukan ialah memberi tumpuan kepada kerja  dan memberi tumpuan kepada apa yang anda boleh kawal.

"Saya hanya mahu mereka untuk menumpukan perhatian kepada tahap bola sepak dan prestasi. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menerima kritikan (tekanan) dari pemain. "


Beliau juga mengambil masa untuk mempertahankan penjaga gol Simon Mignolet, yang telah di kritik hebat oleh bekas pemain Reds Bruce Grobbelaar baru-baru ini.

"Dia menyelamatkan kita dalam beberapa permainan.  Kita semua perlu bermain lebih baik. Simon sangat bagus, Ia tidak mudah untuk menerima kritikan, sama ada ia wajar atau tidak. Tetapi, ia adalah sebahagian daripada sukan," kata beliau.

0 comments:

Post a Comment