Berhubung kontroversi pelakon Hanez
Suraya diganti dengan pelakon lain menerusi telefilem Cikgu Timah
Sekolah Bandar, Nora Danish yang turut terlibat dalam telefilem itu agak
terkejut dengan berita tersebut. Sebelum ini ‘Hanez Suraya Rayu Peluang Kedua‘
untuknya namun pihak stesen televisyen seperti masih lagi belum dapat
menerimanya kembali setelah menimbulkan pelbagai gosip panas didalam
industri hiburan tanah air sehinggakan ‘Hanez Suraya Disingkir Dari
Produksi Telefilem’.
Nora yang tidak dimaklumkan mengenai hal
itu meluahkan rasa bersalah kerana sebelum ini dia ada memuat naik
gambar bersama Hanez dan gambar tersebut dilemparkan dengan komen-komen
negatif.
“Sewaktu penggambaran pada hari pertama,
saya rasa begitu teruja apabila melihat Hanez Suraya. Lagipun saya suka
bertanyakan mengenai rahsia kecantikannya kerana dia seorang yang
sangat cantik.
“Saya ada memuat naik gambar bersama
Hanez di Instagram dan saya diberitahu oleh kawan pada malam itu bahawa
gambar tersebut terlalu banyak komen berunsurkan negatif. Saya pun
delete dan block semua komen-komen tersebut.
“Hari keesokan untuk penggambaran
telefilem tersebut, saya terkejut apabila diberitahu saya dikehendaki
berlakon semula babak bersama Hanez yang telah digantikan dengan pelakon
lain,” katanya yang ditemui pada majlis pengumuman duta Safi Rania Gold
di Royale Chulan, Damansara, semalam.
Tambah Nora lagi, dia ada bertanyakan
kepada pihak produksi mengenai hal tersebut dan memberitahu bahawa hal
itu bukanlah disebabkan gambar yang dimuat naik olehnya di laman
Instagram.
Penyingkiran Hanez Suraya dalam
telefilem tersebut adalah berhubung dengan hashtag #Cikgu Timah Sekolah
Bandar dilaman Instagram yang menerima terlalu banyak komen-komen
berunsurkan tohmahan dan kata-kata negatif.
Sehubungan dengan itu, pihak produksi bimbang jika perkara sebegitu menjejaskan telefilem tersebut.
‘“Saya akui isu yang timbul telah menggelapkan karier saya”- Hanez Suraya‘ walaupun sebelum ini Hanez Suraya pernah tampil meminta maaf namun ianya masih belum meredakan keadaan dan ‘Pengakhiran Kisah Cinta Hanez Suraya dan Romie‘ Sebagai manusia biasa kita tidak lari dari kesilapan namun, bagaimana kesilapan itu dapat mengubah dan membentuk diri ke arah yang lebih baik. Sama-sama kita doakan yang terbaik dan membuka peluang kedua untuk dirinya.“Sejujurnya saya rasa Hanez patut diberi peluang. Saya tak nak sentuh tentang masalah peribadinya tetapi kita perlu bantu dia.“Kita ni manusia biasa adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah,” kata Nora.







