Pembunuh polis Harry Roberts telah dibebaskan dari penjara .
Roberts , kini 78 , dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh tiga pegawai polis yang tidak bersenjata di Shepherd Bush , barat London , pada tahun 1966 .Pengerusi Persekutuan Polis John Tully menggelar pembebasan Harry Roberts ini sebagai menjijikkan.
Roberts dibebaskan dari Penjara Littlehey di Cambridgeshire pada hari Selasa dan di pantau dengan teliti .
Beliau dijangka tidak akan diberikan identiti baru , kata BBC koresponden Dalam Negeri Danny Shaw .
Pegawai polis ditembak ketika mereka cuba menghampiri van yang disyaki digunakan untuk rompakan bersenjata oleh Roberts dan dua lagi ahli kumpulan John Duddy dan Joh Witney.
Sgt Christopher Head, 30, dan Det. Con David Wombwell 25 tahun, ditembak oleh Robert,manakalah PC Geoffrey Fox,41 tahun telah dibunuh oleh Duddy.
Menurut sumber kejadian tembak menembak ini bermula apabila polis datang menghampiri untuk bertanya soalan ke van kumpulan bersenjata Robert yang berhenti berdekatan dengan Penjara Wormwood Scrubs .
Roberts telah disabitkan atas pembunuhan berhubung dengan semua tiga kematian .
![]() |
| PC Geoffrey Fox, Det Con David Wombwell dan Sgt Christopher Head |
![]() |
| Pegawai Polis yang terbunuh selepas menghampiri van Robert |
The Ministry of Justice berkata ia tidak mengulas mengenai kes individu,tetapi berkata "ini adalah pengaturan perlindungan awam",bagi menguruskan banduan yang dibebaskan.
"Jika pesalah yang dibebaskan gagal untuk mematuhi syarat-syarat yang telah diberikan mereka boleh segera kembali ke dalam penjara"',kata seorang jurucakap.
Steve White,Pengerusi Persekutuan Polis England dan Wales, melaporkan, pegawai-pegawai polis di negara ini amat marah apabila mendengar nama Harry Roberts telah dibebaskan.
Robert,dalam pelarian selama 90 hari selepas kejadian membunuh itu, telah dijatuhkan hukuman minimum 30 tahun penjara dan beliau dijatuhkan hukuman 48 tahun.










0 comments:
Post a Comment